Additional information
Weight | 0.780 kg |
---|
RM33.00
Keterangan Buku :Setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W, Sayidina Abu Bakar telah dibai’ahkan menjadi khalifah Islam yang pertama pada tanggal 13 Rabiulawal tahun ke-11 hijrah. Memegang tampuk kepemimpinan yang tertinggi di dalam sebuah negara yang masih baru amat memerlukan kekuatan dan kemahiran dari pelbagai aspek. Lebih-lebih lagi ketika itu cabarannya amat besar dan mencabar. Banyak unsur negatif timbul seperti nabi palsu, keengganan untuk patuh ajaran Islam, tidak mahu membayar zakat dan juga ancaman daripada musuh-musuh yang berazam untuk menghancurkan Islam seperti Rom (Ian Parsi. Inilah yang perlu dihadapi oleh Sayidina Abu Bakar As-Siddiq.
Abu Bakar As-Siddiq adalah sahabat Nabi S.A.W. yang paling rapat sekali. Seorang yang zuhud dan sentiasa mempertahankan Agama Islam. Malah beliau juga telah bersama-sama Nabi S.A.W. semasa berhijrah ke Yathrib (Madinah). Islam telah menjadi begitu kukuh clan kuat di Madinah seterusnya dengan penaklukan Mekah. Di Semenanjung Arab Islam semakin dicemburui oleh kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi. Dalam masa yang sama terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Yahudi clan bukan Arab lain tidak menyenangi Islam. Mendengar berita wafatnya Nabi S.A.W, musuh-musuh Islam ini mula menunjukkan taring penentangan mereka secara terang-terangan. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh Sayidina Abu Bakar. Dalam meneruskan kesinambungan Islam dan menyebarkan luaskan ajaran Islam.la memerlukan tindakan segera clan efektif dalam mengatasi masalah nabi palsu, murtad, golongan yang enggan mengamalkan cara hidup Islam seperti m.enolak ibadah solat, zakat dan sebagainya.
Lebih mencabar lagi adalah ancaman musuh-musuh daripada luar yang hanya menunggu tempoh dan ketika untuk memusnahkan Islam. Tindakan seperti bertahan, menyerang dan memperkuatkan negara perlu dilakukan dalam masa yang sama. Selain masalah ini, isu keagamaan juga perlu diambil berat seperti dakwah Islamiyyah, pengajaran Al-Quran dan hadis (penulisan dan rekod). Ini amat penting demi untuk kesinambungan agama yang syumul iaitu Islam. Buku ini menerangkan secara terperinci tentang apa yang telah dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar untuk meneruskan kesinambungan Agama Islam. Dengan pengisian yang amat bernilai dapat kita ambil ikhtibar clan pengajaran daripada sejarah terpenting dalam pengukuhan Islam sebagai tamadun dan Agama yang syumul yang menjadi pegangan dan cara hidup manusia.
Pengarang : Haji Husseiny Bin Zamburi
Disemak & Diedit: Dr.Mohd Puzhi bin Usop
Muka Surat: 452
Product Code: 9789673681112
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.