Imam An-Nawawi

RM16.00

Seseorang akan berasa takjub terhadap hal ehwal an-Nawawi, bahawa dia datang daripada Nawa menuju ke Damsyik untuk mencari ilmu di sana, dan perkara itu adalah sudah menjadi perkara yang wajar dan biasa, kerana kebanyakan daripada para penuntut ilmu mengamalkan perkara semacam itu semenjak zaman dahulu dan juga zaman sekarang. Tetapi yang menghairankan adalah apabila para penuntut ilmu mendatanginya yang hanya seorang yang fakir dan berdesak-desak di pundaknya yang lemah maka dia mendahului dan di depan daripada mereka, dan tidak dilakabkan sebagai ulama yang dikerumuni ramai orang sehingga membiarkan mereka ada di belakangnya untuk mengikutinya, kemudian ulama besar pada masanya dan di antara mereka adalah syeikhnya dan dia pun menjaga mereka sebagaimana yang dahulu. Generasi dan sejarah ini adalah dua saksi terhadap perkara itu, maka tidak ada seseorang yang ada dalam negeri Islam sama ada daripada kalangan khas mahupun awam yang tidak pernah mendengar dan menyebut nama an-Nawawi, bahkan namanya disebut-sebut dan diikuti dengan pujian dan sanjungan yang tinggi terhadanya, sedangkan para pemuka ulama lain yang semasa dengannya nama-nama mereka hanya disembunyikan dalam perut kitab-kitab tarjamah dan mereka tidak dapat diketahui kecuali dengan jalan penelitian yang khas untuk mencari setiap daripada mereka. Semuanya itu berlaku meskipun an-Nawawi hanya hidup selama lingkungan empat puluh lima tahun sahaja, tetapi dia telah meninggalkan kitab-kitab yang sangat bermanfaat, teruji dan cemerlang yang apabila dibandingkan dengan umurnya tentu dalam satu hari akan menghasilkan dua buku atau lebih, dan cukuplah bagimu untuk mengambil satu kitab daripada kitab-kitaban-Nawawi untuk mengetahui perkataannya dalam fikah atau hadis, atau bahasa atau zikir dan dengan itu maka hajatmu akan tercapai dan pengetahuanmu akn diperkuat dengan dalil-dalil.

ISBN-13: 978-967-5274-44-2
Tarikh Terbit: Jan 2009
Jumlah Muka Surat : 217

Penulis : Abdul Ghani Ad-Duqur

5 in stock

Category: Product ID: 13734

Additional information

Weight 0.265 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Imam An-Nawawi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *