Biografi Imam Al-Bukhari

RM13.00

Sudah pasti kita sentiasa mendengar nama Imam Al-Bukhari. Beliau merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal dalam sejarah ketamadunan Islam. Seorang Imam yang hafiz dan pakar hadis yang hebat. Sumbangan dan jasanya kepada umat Islam begitu besar. Menghimpunkan hadis-hadis yang sahih yang boleh kita jadikan rujukan dan bukti dalam isu-isu berkaitan agama dan kehidupan seharian.
Dan memang sepatutnya kita perlu lebih kenal tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan besar kepada Islam. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini generasi muda yang kurang mengenali tokoh-tokoh besar Islam tetapi lebih mengenali dan memuja ikon-ikon popular di kalangan artis, ahli sukan, ahli perniagaan atau politik dan sebagainya. Ini amat tidak sihat untuk pembangunan sahsiah dan peribadi generasi muda itu. Kerana kadang-kadang nilai-nilai kehidupan dan cara berfikir mereka yang menjadi ikon itu tidak sesuai dengan keperibadian Islam. Ini mungkin menjarakkan lagi mereka daripada nilai-nilai dan akhlak Islam yang sepatutnya ditanamkan di dalam jiwa dan keperibadian mereka yang masih belia.
Maka dengan itu buku ini sekurang-kurangnya dapat memberikan kita pengenalan dan maklumat berkenaan salah seorang tokoh yang telah menyumbangkan jasa dan ilmu yang amat besar kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Dan dengan mengenali sosok Imam Al-Bukhari ini boleh kita kongsi bersama dan jadikan tokoh ini sebagai ikon yang kita kagumi. Semoga nanti akan terdetik di hati kita untuk memiliki semangat dan kegigihan seperti Imam Al-Bukhari.

ISBN-13: 978-967-0267-06-4
Tarikh Terbit: Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 167

Penulis : Masyhur Hasan Mahmud Salman

5 in stock

Category: Product ID: 13732

Additional information

Weight 0.215 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Biografi Imam Al-Bukhari”

Your email address will not be published. Required fields are marked *