One Syabab Sdn Bhd (935316-K) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 pada 08 March 2011 oleh Tuan Haji Bukhari Bin Bachok bersama isteri beliau Nariah Binti Markom. Syarikat One Syabab Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan diusahakan oleh Tuan Haji Bukhari Bin Bachok yang juga merupakan pemilik kepada Syarikat Syabab House Of Quran.

Syarikat tersebut merupakan salah sebuah syarikat di bawah naungan Kumpulan Syarikat Syabab Group, yang mempunyai beberapa cabang perniagaan seperti membekal naskhah Al Quran, penerbitan Al-Quran, menjual dan mengedar makanan mentah dan kering dan lain-lain produk yang berkaitan. Sebelum pernubuhan One Syabab Sdn Bhd, perniagaan penerbitan dan pembekalan bahan bacaan dikendalikan oleh sebuah entiti di dalam kumpulan syarikat ini yang dikenali sebagai Galeri Buku Syabab.

Selepas penubuhan One Syabab Sdn. Bhd, syarikat tersebut telah mengambil alih sepenuhnya aktiviti perniagaan yang sebelum ini dikendalikan oleh Galeri Buku Syabab. Aktiviti-aktiviti utama perniagaan tersebut ialah di dalam memberkalkan buku-buku rujukan untuk pelajar seperti buku teks sekolah, buku ilmiah, buku dan rujukan islamik serta membekalkan alatan tulis. Lokasi perniagaan ini sangat strategik iaitu di dalam Kompleks PKNS Bangi, Selangor.