Biografi Imam At-Tirmizi

RM18.00

Imam at-Tirmizi merupakan seorang hafiz yang cerdik, zuhud, salaf yang fakih dan mengumpul kitab-kitab sunah. Beliau memiliki kecemerlangan dan kepakaran dalam menulis kitabnya yang terkenal iaitu Al-Jami’, sehingga sebahagian ulama mengatakan bahawa kitab tersebut merupakan kitab yang paling berfaedah setelah kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, bahkan dikatakan bahawa orang yang mula-mula menyajikan perbahasan tentang al-Fiqh al-Muqaran (Fikah Perbandingan) adalah at-Tirmizi.
Dalam usahanya mengumpulkan hadis beliau terkenal sangat gigih dan pantang menyerah, terbukti pengembaraannya ke pelbagai negeri seperti Khurasan, Iraq dan Hijaz untuk mencari ilmu dengan merentasi padang sahara dan luasnya daratan demi untuk satu hadis atau mendengar daripada para syeikh telah beliau lakukan. Demikian pula untuk mencari ketinggian sanad atau untuk mendapatkan sanad-sanad dan hadis-hadis yang belum didengar daripada mereka. Oleh itu sejarah Islam telah mencatatkan untuk kita sebuah gambaran khas tentang pertukaran ilmu dan wawasan pada tangan-tangan ulama hadis.
Buku yang ada di hadapan pembaca ini merupakan pengenalan, pembelajaran mengenai biografi seorang ulama hadis terkemuka iaitu Imam at-Tirmizi, kesannya serta metodenya yang khas dalam ilmu hadis. Sangat penting untuk dibaca, dikaji agar supaya para pembaca, peneliti dapat merasai kesan dan manfaat daripada segi ilmu. Selamat membaca semoga berjaya.

ISBN-13: 978-967-5115-83-7
Tarikh Terbit: Jan 2009
Jumlah Muka Surat : 265

Penulis : Iyad Khalid at-Thiba

5 in stock

Category: Product ID: 13739

Additional information

Weight 0.320 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Biografi Imam At-Tirmizi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *