Description
Apabila kau lebih mahu menjunjung langit, barangkali kau tidak sedar yang selama ini menginjak bumi sudah terjungkit naik. Pasak kaki tidak lagi kukuh. Lantas mahu sahaja kau terbang, terapung-apung naik mahu memaut pada langit tanpa kau sedar ia tujuh berlapisan. Jauh dan belum tentu tercapai. ingatlah, darah kelahiran kau tumpah ke tanah bukannya tersejat ke langit. Kepada tanah kau berbakti – baik dengan darah mahupun keringat – kepada tanah jua kau kembali.
Dua puluh insan terpilih ini telah berjaya mengolah-cara perspektif masing-masing untuk terus meletak harap ; bumi masih mahu terus dipijak, tetapi dengan rendah diri, di situ jualah langit harus dijunjung.
Reviews
There are no reviews yet.