SEMPURNAKANLAH SOLATMU 400 KESALAHAN DALAM SOLAT

RM48.00

Sempurnakanlah Solatmu – 400 Kesalahan Dalam Solat

Solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Solat fardu lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang lima. Ini merupakan satu asas kepada Islam yang palilng utama. Sekiratnya nilai atau kualiti solat kita tidak mencapai tahap sepatnya, ia mungkin akan jadi sia-sia sahaja. Oleh itu di dalam kehidupan kita setiap apa yang kita lakukan mempunyai tahap kualiti dan nilainya, barulah ia memberikan kesan atau impak yang lebih baik.
Jadi bagaimana caranya untuk menjaga kualiti solat kita?

Buku ini adalah jawabnya?

Selaian daripada menambahkan ilmu pengetahuan melalui pengajian atau kelas fardu ‘ain, membaca juga merupakan cara menambahkan ilmu. Di dalam buku ini dihuraikan tentang 400 kesalahan yang berlaku di dalam menunaikan solat. Kadang-kadang kita merasakan solat kita sudah betul dan sempurna namun tanpa kita sedari terdapat kesalahan-kesalahan yang akan mencacatkan nilai dan kualiti solat kita. Ada juga kesalahan yang kita lakukan itu adalah kesalahan besar atau fatal yang terus menghapuskan pahala solat yang kita lakukan. Inilah yang perlu kita hindarkan. Semoga apa yang kita amalkan mendapat ganjaran yang setimpainya bukan hanya sia-sia atau mendapat dosa.

Dengan kehadiran buku ini, kita akan mampu menilai semula soalt kita. Sekiranya terdapat kesalahan yang kita lakukan tanpa kita ketahui sebelumnya ini, boleh kita perbaiki dan tingkatkan kesempurnaannya. Buku ini amat bernilai untuk semua umat Islam dalam mencapai prestasi solat yang lebih berkualiti dan mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.

Ini adalah bacaan wajib bagi mereka inginkan solat yang sempurna.

Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan…!

Out of stock

SKU: 978-967-0465-77-7 Categories: , Tag: Product ID: 19960

Additional information

Weight 1.130 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SEMPURNAKANLAH SOLATMU 400 KESALAHAN DALAM SOLAT”

Your email address will not be published. Required fields are marked *