Description
Tragedi yang berlaku ke atass MH 370 dan MH 17 milik Malaysia telah mengundang pelbagai teori dan sebab musababa kejadiannya. Antara teori yang heboh diperkatakan ialah tragdi ini angkara konspirasi Dajjal Iluminati. Menurut satu kajian, teori konspirasi ada fungsinya iaitu sebagai satu mekanisme untuk orang ramai manghadapi atau memahami sesuatu peristiwa yang buntu. Dalam kes tragedi kehilangan pesawat MH370, adalah sukar untuk memahami bagaimana pesawat boleh hilang. Teori konspirasi memberikan ruang untuk sesetengah orang bagi mendapatkan penjelasan untuk mereka yang memerlukannya.
Dr Viren Swami, seorang pakar psikologi dari Universiti Wenstminster, United Kingdom menjelaskan bahawa sudah menjadi sifat manusia untuk mendapatkan jawapan ( terhadap sesuatu persoalan ) dan untuk memahami sesuatu yang tidak diketahui atau difahami. Seseorang itu mungkin tidak percayakan kepada teori konspirasi, tetapi teori konspirasi memberikan penjelasan ringkas untuk sesuatu perkara yang sukar difahmi. Ia membolehkan (pihak yang menerimanya) merasa lebih lega dan baik. Dengan adanya perasaan ini, ia memberikan mereka suara. Ia memberikan mereka seakan-akan kuasa.
Penerimaan pelbagai teori mengenai kehilangan misteri pesawat MH370 juga dikatakan disumbang oleh maklumat bercanggah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, adakalanya tidak disahkan kesahihannya dan juga laporan berbentuk spekulatif oleh pihak media. Namun apabila ada serpihan ditemui, tetapi tidak disokong oleh data konklusif mengenai di manakah kedudukan pesawat MH370, tidak dapat tidak, ia menguatkan lagi teori ada cubaan untuk menutup ‘sesuatu’. Laman media sosial adalah ruang paling mudah untuk digunakan dan mencetuskan pelbagai spekulasi. MMedia sosial melakukannya dengan ‘baik’. Ia memberikan ruang untuk teori konspirasi berkembang tanpa ada pihak yang boleh menangkis-tiada bukti-bukti bercanggah atau analisis yang kritikal. Apabila anda memerikan maklumat yang kritikal berkenaan sesuatu teori, ia berjaya mengurangkan andaian ia sekadar satu konspirasi.
Jadi, bagaimana pandangan para pembaca terhadap teori konspirasi atas kehilangan MH370 dan tragedi MH17? Para pembaca berhak untuk sama ada mempercayai atau tidak teori ini tetapi pelbagai maklumat dan fakta telah dipaparkan bersama hujah-hujah yang logik. Akal yang diberikan Allah SWT mampu untuk kita berfikir secara rasional terhadap apa juga yang berlaku di dunia ini. Ingatlah, Dajjal Illuminati sudah menguasai setiap atur langkah hidup kita sekarang ini. Tidak mustahil apa yang berlaku terhadap MH370 dan MH17 satu hakikat yang tidak dapat dinafikan.
Reviews
There are no reviews yet.