Kristianisasi & Gejala Murtad

RM35.00

NAMA saya Mohd. Farhan Bin Abdullah. Dahulu saya Pastor Yohanes. Saya berasal daripada
suku kaum Kadazan, Sabah. Saya bersekolah Kristian selama 8 tahun dan 2 tahun dalam latihan
Mubaligh Kristian. Saya terlibat dalam Misionari Kristian selama 2 tahun. Kami bergerak dari
bandar ke bandar, kampung ke kampung dan negeri ke negeri. Kami dibekalkan wang perbelanjaan
berjumlah RM10,000.00, sebuah van bertulis ‘Gerakan Penginjilan SIB’ dan satu pasukan koir
untuk menyanyikan lagu-lagu kerohanian.
Sepanjang beragama Kristian, ada dua persoalan yang sering bermain di fikiran saya dan kawan
-kawan iaitu:
1. Masalah ketuhanan Jesus dan trinity.
2. Masalah majlis pengampunan dosa yang disebut ‘baptis’.
Kami dilarang sama sekali mempersoalkan dua perkara ini, lebih-lebih lagi mengemukakannya
kepada pihak paderi. Mengapa saya memilih masjid dan meninggalkan gereja? Antaranya kerana:
1. Konsep ketuhanannya jelas. Tuhan hanya satu iaitu Allah.
2. Kitab Al-Quran tidak pernah diselewengkan.
Alhamdulillah, saya sudah kembali kepada Islam. Allah turut memberikan hidayah Islam kepada
ayah saya sebelum beliau meninggal dunia melalui dakwah saya. Malah semua ahli keluarga saya
juga sudah kembali memeluk Islam. Segala cabaran yang saya dan keluarga hadapi, tidak
menggentarkan saya untuk terus melangkah dalam keimanan ini.
Bagaimana saya boleh memilih Islam? Semuanya akan terjawab di dalam buku ini.

ISBN-13: 978-967-5391-25-5
Tarikh Terbit: Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 330

Penulis :Ustaz Farhan Abdullah

Out of stock

Category: Product ID: 12621

Additional information

Weight 0.455 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kristianisasi & Gejala Murtad”

Your email address will not be published. Required fields are marked *