Wacana Kisah Al-Kahfi

RM21.90

Himpunan Riwayat Para Nabi Dalam Al-Quran

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya

(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”

(Al-Baqarah : 2)

Al-Quran bukan sekadar kitab sejarah yang menghimpunkan kisah-kisah para anbiya’ dan umat-umat terdahulu. Sebaliknya, Al-Quran adalah sebuah kitab ilmu yang mengajar manusia menguruskan kehidupan.

Setiap paparan kisahnya mengandungi iktibar. Penyampaiannya juga unik dan tidak sama cara penyampaian atau penulisan manusia. Setiap himpunan watak, dialog, situasi dan intipati ceritanya begitu kuat, jelas dan tegas.

Antara surah yang terkenal ialah Al-Kahfi. Empat kisah di dalamnya memberikan satu impak yang amat terkesan dalam kehidupan seharian kita. Kisah Ashabul Kahfi, pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Iskandar Zulkarnain dan kisah seorang pemilik kebun diceritakan dengan begitu terperinci oleh Allah s.w.t.

Bahasa penulis mana yang dapat menandingi wahyu-wahyu Allah di dalam Al-Quran? Siapa yang berani mencabar kebenaran kitab suci ini. Al-Quran bukan sebuah novel atau himpunan cerpen. Sebaliknya ia adalah himpunan kalam suci Allah s.w.t. melalui kekasihNya, Muhammad s.a.w.

ISBN-13: 978-967-5391-26-2
Tarikh Terbit: Jan 2014
Jumlah Muka Surat : 160

Penulis : Dr. Ahmad Fikri Hj. Husin

5 in stock

Category: Product ID: 12643

Additional information

Weight 0.235 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Wacana Kisah Al-Kahfi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *