Gerakan Orientalisme & Kristianisasi

RM35.90

Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.” Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini.

Buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi – Ancaman Kepada Ummah ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama. Tetapi HRP memutuskan untuk mengasingkan judul tersebut menjadi 2 siri bagi memudahkan pembaca memilikinya.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawaIslam ke lembah kehancuran. Oleh itu, sebagai muslim yang telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang Satu dan Muhammad itu pesuruhNya harus sama-sama memikul tanggungjawab untuk mempertahankan agama ini. Semoga Islam akan terus dijulang tinggi oleh setiap generasi muslim. Amin..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin..”

ISBN-13: 978-983-42229-9-4
Tarikh Terbit: Jan 2009
Jumlah Muka Surat : 193

Penulis : Hj. Nik Azran Muhamed & Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa

Out of stock

Category: Product ID: 12650

Additional information

Weight 0.455 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Gerakan Orientalisme & Kristianisasi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *