Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi HC

RM60.00

Sepanjang hayat Imam Nawawi, beliau sentiasa sibuk dengan menuntut dan menyebarkan ilmu, menulis kitab, beribadah seperti puasa, wirid, dan zikir. Perwatakan beliau begitu sederhana, warak dan zuhud. Manakala pakaiannya adalah daripada kain kasar, berserban berwarna hitam dan kecil. Pengorbanan dan sumbangannya terhadap peradaban dan tamadun Islam amatlah besar. Karya-karya beliau menjadi rujukan dan sumber ilmu bagi umat Islam sehingga kini.
Al-Azkar merupakan salah satu hasil karya beliau yang begitu bermakna untuk semua umat Islam. Bicaranya dalam karya ini adalah tentang zikir serta amalan dalam kehidupan seharian kita. Susunan hadis-hadis sahih yang berkaitan tentang amalan serta zikir mampu memberi sinaran bagi menyuluh kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Al-Dzariyat:56

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan Wgat (pula) kepadarnu.”

al-Baqarah:152

Hasil karva Imam Nawawi ini diolah secara ringkas dan mudah. Fokus utamanya adalah untuk memberi pengetahuan tentang amalan-amalan, zikir dan juga bila masa untuk mengamalkannya. Rujukan ini memudahkan lagi kita dalam memahami serta beramal dengan zikir-zikir yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Kajian dan usaha yang disumbangkan oleh Imam Nawawi ini amat bermakna untuk seluruh umat Islam hari ini dan akan datang dalam menjalankan ibadah seharian. Ilmu yang dinukilkan oleh Imam Nawawi ini mampu menjadi panduan bagi kita.

“…sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian aku dipertintahkan , dan aku termasuk di kalangan orang muslim (berserah diri).”

Out of stock

SKU: 9789675274695 Categories: , Tags: , , , Product ID: 20276

Additional information

Weight 1.310 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi HC”

Your email address will not be published. Required fields are marked *