Tafsir Wanita Dalam Al-Quran S/C

RM53.00

Setelah Al-Quran turun, seluruh bentuk kekejaman seperti itu ditentang dan dikecam dengan sekeras-kerasnya oleh Islam. Pandangan negatif manusia terhadap wanita menjadi pandangan positif. Pandangan meremahkan mereka menjadi pandangan dihormati. Lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling bantu-membantu dan saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain.
Islam memberikan kebebasan namun tetap dalam batasan dan peraturan yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah sehingga tindakan dan arah kaum wanita tetap berapa dalam garis panduan yang benar. Pada masa yang sama, Islam sangat menentang pemikiran yang menjadikan wanita hanya sebagai makhluk pelengkap sehingga tidak lahir sebarang manfaat dari kaum wanita, kerana mereka telah dikongkong dan segala bentuk idea kreatif atau usaha yang lahir dari mereka tidak akan dipandang oleh masyarakat. Kedua-dua pandangan ekstrim ini tidak dipersetujui oleh Islam. Hal ini kerana jika pandangan ini terus wujud, maka keistimewaan agama Islam dalam memartabatkan kaum wanita akan hilang dan pudar sekaligus akan menghancurkan sesebuah masyarakat itu sendiri.
Buku terjemahan ini diberi tajuk Tafsir Wanita Dalam Al-Quran, ianya banyak menyentuh tentang hak dan kewajipan wanita dari sudut hukum, moral dan sosial. Buku ini akan menjadi panduan bagi kaum wanita untuk meniti kehidupan dengan cara yang benar dan sesuai dengan aturan Al-Quran. Hukum-hukum yang terkandung dalam buku ini akan membuat kaum wanita mampu menikmati hidayah Al-Quran. Buku ini akan memberikan makna lebih mendalam tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita.


 

Penulis : Syeikh Imad Zaki Al-Barudi

Penterjemah: Jamaluddin Ibrahim Mydin

Penyunting/Editor: Hamzah Bin Raden Anuar,Dr.Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 766

Product Code: 9789673681419

Out of stock

SKU: 9789673681419 Categories: , Tags: , Product ID: 20205

Additional information

Weight 1.270 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tafsir Wanita Dalam Al-Quran S/C”

Your email address will not be published. Required fields are marked *