Additional information
Weight | 0.345 kg |
---|
RM27.90
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu
kedua-duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara kedua-
duanya. Dan, daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.” (al-Anbiya: 30)
Para ilmuan berpendapat, bumi ini telah wujud lebih daripada 1000 juta tahun lampau.
Tapi hal ini tidak bermakna kehidupan manusia di bumi bermula sejak itu, hanya bahagian
besar daripada rangkaian kehidupan masa lalu yang hidup dan menguasai planet ini.
Kehidupan manusia dikatakan hanya wujud selepas kebinasaan mahkluk yang
terdahulu; makhluk-makhluk yang asing dan tidak kita ketahui. Tapi apakah makhluk itu?
Hasil penemuan daripada kubur-kubur, artifak, serta batu bertulis beserta gambar,
menambah bukti bahawa kehidupan masa lalu sebenarnya pernah menghuni bumi; sebagai
penduduk yang bersistem. Ini termasuklah penempatan di sekitar kawasan gunung, lembah
sungai dan pesisiran pantai yang membangunkan peradaban. Malangnya, semua itu seperti
tenggelam dan lenyap untuk tatapan dan rujukan generasi kita. Jadi, siapakah penghuni bumi
sebelum manusia?
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang
berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin,sebelum itu,dari
api yang sangat panas.” (al-Hijr: 26-27)
ISBN-13: 978-67-5391-35-4
Tarikh Terbit: Jan 2014
Jumlah Muka Surat : 231
Penulis : Muhammad Isa Dawud
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.