Membongkar Rahsia Penyebaran Islam di Jawa – Lagenda Wali Songo

RM35.90

Out of stock

Category: Product ID: 42179

Description

Buku Legenda Wali Songo ini menjawab tohmahan dan pemalsuan sejarah oleh para orientalis Barat bahawa penyebaran Islam di seluruh dunia adalah melalui kekuasaan atau kekerasan. Bukti mereka ialah pada peperangan atau ekspedisi tentera pada zaman Rasulullah s.a.w.dan selepasnya, di mana berlaku penyebaran Islam melalui mata pedang dan kekuatan senjata.

Tuduhan palsu dan dusta itu jauh bercanggah dengan fakta dan realiti sebenarnya, bahawa penyebaran Islam lebih banyak berlaku melalui usaha dakwah dan tarbiyah, kecuali dalam keadaan terpaksa atau tidak dapat dielakkan. Dalam kes-kes terpencil seperti ini, biasanya peperangan hanya berlaku selepas pihak musuh menolak seruan Islam ataupun enggan membayar jizyah jika ingin terus kekal dengan agama sendiri. Hanya setelah mereka menolak dua ultimatum itulah baru tercetusnya peperangan.

Bagaimanapun di kalangan orientalis itu masih ada yang jujur dalam kajian mereka. Dalam konteks ini, salah seorang di antara mereka yang paling terkenal yang menolak pandangan serong tersebut ialah Prof. Thomas W. Arnold. Melalui bukunya yang berjudul, The Preaching of Islam, yang terbit buat pertama kalinya pada tahun 1896, beliau membuktikan bahawa agama Islam tersebar ke seluruh dunia secara damai melalui dakwah, bukan melalui kekerasan atau paksaan dan mata pedang. Pada masa kini, antara sarjana Barat yang terkenal dengan kajian mereka yang objektif dan jujur tentang sejarah dan agama Islam ialah Prof. Annemarie Schimmel dan Karen Armstrong.

Khusus di Jawa, rahsia penyebaran Islam secara meluas melalui gerakan dakwah terbukti jelas pada tokoh-tokoh yang terkenal dengan gelaran Wali Songo. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap metode dakwah toleransi dan kompromi sebahagian tokoh-tokoh ini dengan budaya tempatan, namun kejayaan besar mereka mengislamkan seluruh pulau Jawa dan pulau- pulau sekitarnya tidak dapat dinafikan sama sekali.

 

ISBN-13: 978-967-2278-48-1
Tarikh Terbit: Mac 2022
Jumlah Muka Surat : 141

Penulis : Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

Additional information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Rahsia Penyebaran Islam di Jawa – Lagenda Wali Songo”

Your email address will not be published. Required fields are marked *