Additional information
Weight | 0.265 kg |
---|
RM17.60
Kelebihan dan perbezaan manusia daripada makhluk lain, ialah manusia itu bilamana bergerak, gerak dan gerinya itu timbul dari dalam, bukan dari luar. Segala usaha, pekerjaan, langkah yang dilangkahkan, semuanya itu timbul daripada suatu maksud yang tertentu dan datang dari suatu perasaan yang tinggi yang mempunyai kekuasaan penuh dalam dirinya. Tidak demikian dengan binatang. Gerak-geri binatang hanya tunduk kepada gharizah semata-mata, tidak disertai oleh pertimbangan.
Kerana, pada manusia itu ada kekuatan menimbang, wajiblah ikhtiarnya itu dibawanya kepada yang lebih mendalam. Pengalamannya, penderitaannya, kejatuhannya, kegagalan, kecewa dan seumpamanya, semua itu laksana wang sekolah, wang bayaran bagi keinsafannya menimbang dan berusaha pada zaman akan datang. Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman, setengah jatuh dan setelah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali dan melangkah terus perlahan-lahan tapi pasti tidak mengenal putus asa. Hidup berbudi itu tujuan kita, kata Prof HAMKA:
Diribut runduklah padi
Dicupak Datuk Temanggung
Hidup kalau tidak berbudi
Duduk tegak ke mari canggung
Kata Shauki Bey:
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.