HIMPUNAN HADITH SAHIH MENGENAI HUKUM HUDUD

RM15.00

Out of stock

SKU: 983-099-054-0 Categories: , Product ID: 42534

Description

Al-Hudud atau hukum-hukum hudud ialah sebahagian dari hukum jenayah Islam yang utama telah menjadi sangat asing bagi umat Islam di seluruh dunia setelah mereka dijajah oleh golongan kuffar dan setelah sistem hidup mereka dalam bidang politik, ekonomi, sosial, perundangan-perundangan dan lain -lainnya diatur dengan sisitem sikular dan dajalisma yang sesat lagi menyesatkan itu. Sebahagian besar mereka bukan sahaja sangat asing dan jahil dengan hukum-hukum Hudud, tétapi mereka telah memomoki, memusuhi dan memandang hukum hudud itu telah ketinggalan zaman, primitif, zaman dan tidak dapat menegakkan keadilan dalam zaman yang serba komplek dan moden ini. Sesungguhnya hukum-hukum hudud itu adalah sebahagian dari ajaran syariat Islam yang pokok dan asasi, yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam wahyunya (Al-Quran) yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan yang kemudiannya dijelaskan dan diperincikan oleh baginda melalui ucapan, perbuatan dan taqrirnya yang dinamakan As-Sunnah itu adalah sebahagian dari wahyu Allah juga. Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Kami turunkan al-Kitab (Al-Quran) ini melainkan supaya engkau dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” Semua hukum hudud ini wajib diimani oleh tiap-tiap orang yang menamakan dirinya mukmin atau muslim, wajib menerima pakai, wajib melaksanakannya dalam kehidupan duniawi memperjuangkan pelaksanaannya jika ia belum dilaksanakan. Untuk kepentingan umat Islam di sini, maka buku ini disenaraikan hadith- hadith shahih yang menjadi dalil atau nash bagi jenayah-jenayah wajib hudud. ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.

 

ISBN-13: 983-099-054-0

Penulis : Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris

Additional information

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “HIMPUNAN HADITH SAHIH MENGENAI HUKUM HUDUD”

Your email address will not be published. Required fields are marked *