Additional information
Weight | 1.305 kg |
---|
RM65.00
Imam Muhammad bin idris al-Syafi’e (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketka beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (pendapat baru). Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie iaitu;
2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh hr al-Syafie dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla’i).
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.
Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab al-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh.
Jilid kesepuluh (10) daripada Kitab al-Umm ini membahaskan persoalan-persoalan feqah dalam Kitab `Iddah. Kitab Ila’, Kitab Zihar, Kitab Li’an, Kitab Jenayah dan Kitab Qasamah
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.