ASAS MEMBINA GENERASI BERKUALITI

RM35.00

Apabila dibicarakan tentang pendidikan anak-anak, banyak sckali teori, ujikaji serta pandangan barat berkenaan topik ini. Pelbagai teori, ujikaji clan buah fikiran mengenai pendidikan anak-anak digunakan. Keputusanya ada yang berjaya ada yang tidak. Majoriti hasilnya tidak seperti yang diharap-harapkan. Malah adakalanya anak-anak ini hanya dijadikan bahan ujikaji untuk teori atau fahaman yang dihasilkan. Isu pendidikan scrta pembangunan anak-anak ini tidak boleh diangga penteng atau mudah. Runtuhnya sebuah tamadun adalah kepada kegagatall dalam kaedah dan sistem pendidikan anak-anak.
Dalam Islam, pendidikan anak-anak ini merupkan tanggungjawab utama ibu bapa. Kelahiran anak ke dunia ini bukanlah garisan permulaan untuk pendidikan anak. Pcndidikan sebenarnya sudah bermula sebelum terdirinya ruiiialitangga itu sendiri. Di sinilah permulaan pendidikan anak dalam ajaran Islam yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah kepada seluruh umat Islam balk yang terdahulu dan umat yang akan datang.
Konsep dan kaedah pendidikan anak yang diajarkan oleh Rasulullah sesuai untuk semua golongan tanpa mengira bangsa, bahasa, taraf hidup dan zaman. la tidak rnempunyai tempoh luput seperti teori dan ujikaji yang diilhamkan oleh cerdik pandai barat yang berdasarkan akal dan logik semata-mata.
Sesuai dengan fitrah manusia, asas pendidikan yang ditunjukkan oleh Rasulullah amat rmenekankan kepada pcndidikan akidah, akhlak, perilaku, pemikiran, perasaan dan emosi anakanak. Ibu bapa memikul peranan yang amat besar dan penting dalam pendidikan anak-anak. Rasulullah telah memberikan contoh teladan yang terbaik tentang bagaimana cara dan kaedah dalam mendidik serta membimbing anak-anak. Pendidikan sahaja tidak akan lengkap tanpa doa dan memohon pertolongan daripada Allah dalam membentuk peribadi unggul seorang manusia. Konsep dan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah ini adalah berdasarkan al-Quran. Dan al-Quran itu diturunkan Allah kepada manusia sebagai pentunjuk.

Out of stock

SKU: 978-967-5274-58-9 Category: Tag: Product ID: 20226

Additional information

Weight 0.775 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ASAS MEMBINA GENERASI BERKUALITI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *