7 HARI INGAT MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

RM18.00

Format: Paperback
Saiz: 5″ x 7”
ISBN: 9789671384930
Jumlah Muka Surat: 125
Berat (Kg): 0.25
===========================
Ingin tahu bagaimana cara memahami dan mengingati makna bacaan dalam solat?
Teknik bagaimana memehami dan mengingati makna bacaan dalam solat kini dibongkar oleh seorang pengamal teknik faham Arab Al-Quran tanpa asas Bahasa Arab.
Dengan izin Allah, segalanya ada di dalam buku ini. Anda akan ketahui bagaimana mudahnya
  • Merancang hafalan makna bacaan dalam solat selama tujuh hari tanpa menjejaskan aktiviti harian.
  • Memotivasi diri sendirir bagi menyahut cabaran tujuh hari ingat makna bacaan dalam solat.
  • Menghafal makna bacaan dalam solat.
  • Memanggil kembali (recall) makna bacaan dalam solat yang telah dihafal.
  • Memanfaatkan makna bacaan yang telah dihafal semasa bersolat.
  • Menambahbaik hafalan yang telah dilakukan

Mengapa perlu faham dan ingat makna bacaan dalam solat?

Sungguh, ada perbezaan rasa; bersolat sambil mengingat (recall) makna bacaan dan bersolat hanya melafaz bacaan sahaja.

Cabar diri 7 hari faham dan ingat makna bacaan dalam solat.

Ya Nur Ya Haadi Ya Haq

Out of stock

Category: Tags: , , , Product ID: 22316

Description

Catatan Penulis

 

Saya sang kerdil. Ya kerdil! Kerdil pada pandangan Ya Kholid. Sering kali bermain dalam hati dan pemikiran sang kerdil ini, apakah perkara yang boleh dipersembahkan kepada NYA apabila bertemu NYA nanti?


Ya Haadi berbisik kepada ku, ‘Tulis buku bagi membantu orang faham dan ingat makna bacaan dalam solat. Ramai lagi orang di luar sana belum ingat makna bacaan dalam solat.’

Benar Ya Syakur. Bagaimana?

Ya Baari mengatur … saya mengaplikasi teknik faham al-Quran tanpa asas Bahasa Arab yang pernah saya tekuni sebelum ini. Ia menggunakan kaedah hafal kosa kata Arab.

Ya Nur RAS dalam otak semakin aktif.

Persoalannya, bagaimana cara menghafal kosa kata tersebut?

Rancang hafalan! Ya Fattah membuka jalan idea supaya mencabar diri. Dengan cara ini kita terdorong untuk faham dan ingat makna bacaan dalam solat dalam tempoh masa tertentu.

Setelah meneliti makna ayat bacaan dalam solat beserta kosa kata yang telah dipotong pendek-pendek, 7 hari adalah tempoh masa yang sesuai.

Aturan Ya Baari, maka tersuratlah 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat.

Additional information

Weight 0.25 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “7 HARI INGAT MAKNA BACAAN DALAM SOLAT”

Your email address will not be published. Required fields are marked *