Surah Amalan Harian & Fadilatnya

FADILAT SURAH YASIN

Daripada Jundub r.a Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang membaca Surah Yasin dalam satu malam semata-mata mengharapkan
keredhaan Allah, nescaya diampunkan dosanya “.

 

FADILAT SURAH AL-KAHFI

Daripada Umar r.a, beliau berkata, Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada
bawah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkan antara dua jumaat”.

 

FADILAT SURAH AD-DUKHAN

Diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Umamah bahawa :
“Sesiapa yang membaca Surah Ad-Dukhan pada malam atau hari jumaat , maka Allah akan membinakan
sebuah rumah di dalam syurga”.

 

FADILAT SURAH AL-WAQIAH

Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi :
“Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam, maka akan
terlepas daripada kepapaan selama-lamanya”.

 

FADILAT SURAH AL-MULK

An-Nasai meriwayatkan daripada Ibnu Masud bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang membaca Surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah mencegah
daripada azab kubur”.

 

FADILAT SURAH AR-RAHMAN

“Segala sesuatu memiliki pengantinnya dan pengantin Al-Quran adalah Surah Ar-Rahman”
H.R Baihaqi

 

Boleh dapatkan buku berkaitan surah amalan pilihan di :

Buku Surah Amalan Harian & Fadilatnya

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *