THE ARRIVALS

RM35.90

KATEGORI BUKU
GENRE UMUM
PENULIS MUHAMMAD NURANI MAARIF
PENERBIT HR PUBLISHING
BIL. HALAMAN 203
ISBN 9789675391217

 

Out of stock

SKU: 9789675391217 Category: Tags: , , , Product ID: 31686

Description

BUKU THE ARRIVALS

Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir misteri dan konspirasi
dunia? Ramai juga yang ingin tahu apa yang akan terjadi selepas ini? Seseorang perlu penulis semua ini mengkhabarkan kepada kepada dunia khususnya umat Islam tentang apa yang sedang berlaku.

Selepas Membongkar Misteri Dajjal dan mendedahkan Konspirasi Galaktik:Di Sebalik Ramalan Kehancuran Dunia, beliau kembali menulis merungkai persoalan yang lebih berat – Di sebalik The Arrivals. Beliau mengerah segala keringat, idea, mengolah segala ilham, mengupas isu baru secara tuntas, membongkar persoalan serta elemen konspirasi dan mistikal yang selama ini terbenam di lubuk hati kita. Ia adalah inisiatif bagi menjernihkan segala kekeliruan, meredakan segala kebimbingan dan mencetuskan keterujaan bahawa Dunia Baru sudah tiba; peralihan zaman sudah berada di ambang pintu.

Apakah ia akan benar-benar berlaku? Temui fakta menarik ini kerana beliau akan membawa anda mengembara ke alam misteri Imam Mahdi dan alam fantasi konspirasi Dajjal berdasarkan petunjuk hadis akhir zaman, atsar yang jarang diperkatakan serta tulisan yang paling hampir mengenainya. Anda perlu membaca buku ini, bahkan memilikinya jika benar anda tidak mahu terus diselubungi bayangan misteri.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa mudah dan santai. Penulisnya membahaskan isu berat secara bersahaja. Beliau berusaha menghimpun semua fakta penting mengenai misteri dan konspirasi dunia di bawah tajuk dan subjek menarik yang sering dibicarakan bermula daripada Dajjal – Samiri, Haikal Sulaiman, Knights Templer, Freemasonry, 2012, Imam Mahdi, Perang Dunia, Armageddon, Dunia Baru dan sebagainya. Beliau menjadikan The Arrival sebuah dokumentari mini yang dimuatnaik ke YouTube dan hangat diperkatakan di seluruh dunia sebagai latarnya. Meniti di atas dokumentari ini, beliau memberi pandangan dan kupasan dari sudut pandang agama.

Penulis mengulas dengan petunjuk garis masa yang disusun oleh Amin Jamaluddin, seorang penulis fitnah akhir zaman kontemporari yang paling autentik pernah ditemuinya. Selamat datang ke alam bicara mengenai Penyelamat Dunia – Di Sebalik The Arrival.

Additional information

Weight 0.345 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “THE ARRIVALS”

Your email address will not be published. Required fields are marked *