Description
Selama ini aku hanya melakukan kebaikan untuk mengaburi maksiat yang aku lakukan!
“Korang nampak aku baik sebab Allah tutup aib aku. Kalau Allah tunjukkan segala dosa yang aku pernah lakukan, mesti korang akan pandang hina aku.”
– Uzair Akhyar –
“Kadang-kadang, nak tegur orang ‘agama’ ni lebih susah daripada orang biasa. Ada saja dalil untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan. Nampak baik, tapi sebenarnya diorang dah tertipu dengan syaitan.”
– Irfan Azqie –
“Sekarang ni zaman internet. Nak buat pahala memang senang, share saja perkara-perkara yang bermanfaat. Tapi, ramai orang terlupa, nak buat dosa pun senang juga. Sebarkan fitnah, buka aib sendiri, cari kesalahan orang.”
– Shukri Roslan –
“Bodoh betul orang kita ni, kan? Senang betul percaya. Cerita pasal syurga, guna imej Islamik, cakap lemah-lembut, semua terus cair. Senang betul jadi penunggang agama. Untung pun banyak.”
– Khairudin –
“Awak kena sedar, syaitan takkan hasut kita untuk terus berzina, tapi syaitan akan hasut kita untuk melakukan mukadimah zina terlebih dahulu. Syaitan akan goda melalui titik kelemahan kita, iaitu perkara-perkara yang nafsu kita suka.”
– Dania Najihah –
Reviews
There are no reviews yet.