Additional information
Weight | 0.170 kg |
---|
RM11.00
DALAM perjuangan untuk menyebarkan agama Islam, berdakwah dalam kalangan masyarakat dan berjuang bemati-matian untuk mempertahan dan memerdekakan negara Islam yang dijajah oleh pihak musuh, melibatkan berbagai-bagai golongan dalam kalangan umat Islam. Di antaranya ialah golongan ahli-ahli sufi, yang terlibat dengan berbagai-bagai tarikat. Ahli-ahli sufi yang terlibat dalam gerakan al-Sanusiyyah di Libya berjuang dengan gigih menentang penjajahan ‘tali ke atas negara tersebut dalam tempoh belasan tahun.
Namun terdapat juga golongan ahli-ahli sufi yang melibatkan tarikat-tarikat tertentu seperti Tarikat Al-Tijaniyah di Afrika Utara terutama sekali di Maghribi yang telah menconteng arang di muka umat Islam, kerana bekerjasama dengan pihak penjajah Perancis bagi mengekang perjuangan untuk memerdekakan negara tersebut daripada penjajah, malah yang menyedihkan sanggup membekalkan anggota tentera kepada pasukan penjajah tersebut demi melihat keberterusan penjajahan kuasa tersebut ke atas Afrika Utara.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarikat sufi, di antara yang benar-benar berjuang untuk kepentingan Islam dengan yang menjadi dalang kepada musuh bagi memerangi umat Islam, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih mengetahui dan membezakan golongan sufi yang benar dan yang salah.
ISBN-13: 978-967-4392-28-4
Tarikh Terbit: Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 148
Penulis : Muhammad bin Abdulllah Al-Maqdi
4 in stock
Reviews
There are no reviews yet.