Tanbihul Ghafilin – Peringatan Bagi Yang Lupa

RM50.00

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat semula jadi iaitu bertabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut. Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Dengan sifat dan tabiat ini sekiranyan Allah berikan kepadanya pelbagai kenikmatan dunia maka dengan mudahnya ia lupa, sombong bahkan berasa takbur seakan-akan ia merupakan kejayaan yang datang dari atas hasil jerih payahnya sendiri. Makhluk bernama manusia ini tidak sedar bahawa nikmat yang diberikan oleh Allah SWT merupakan kurniaan yang hendakmya digunakan untuk kemaslahatan dan kebaikan semata.

Sebagai peringatan tidak asing lagi buku ini telah ditulis dan dikumpulkan oleh Abu Laits As-Samarqandi di dalamnya berisikan nasihat hikmat agar menghuraikan dengan terangnya tentang masalah-masalah yang berkait rapat dngan perilaku manusia, bermulalah dari niat, beratnya maut dan seksa kubur, tentang akhlak, keutamaan amal yang membawa kepada kejayaan. Semua aspek kehidupan terangkum di dalamnya.

Insya Allah buku ini akan banyak memberi manfaat terutamanya bagi kaum muslimin-muslimat, generasi muda dan para pendidik untuk sentiasa saling memberi nasihat dan bermuhasabah menuju ke arah kebaikan dan kebenaran.


 

Format : hardcover
Saiz : 16″ x 23.5″
ISBN : 978-983-9395-74-7
Tarikh Terbit :
Jumlah Muka Surat : 1030
Berat (kg) : 1.38

Out of stock

Category: Product ID: 448

Additional information

Weight 1.38 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tanbihul Ghafilin – Peringatan Bagi Yang Lupa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *