Description
Keperibadiannya yang luhur mengalirkan sumber mata air yang tidak akan kering, menyejukkan jiwa yang dahagakan keimanan, memancarkan kejernihan budi dan sumber petunjuk yang mulia. Sejarah umat manusia belum pernah menyaksikan seseorang yang mencapai darjat kesempurnaan sepertinya dalam menghulur sumbangan menakjubkan bagi keselamatan umat manusia sejagat. Jikalau langit dan bumi ini digulung pun, kejernihan sumber mata air kerasulan tetap akan dinikmati setiap insan yang beriman.
Nabi Muhammad SAW insan teladan sepanjang zaman. Di dalam dirinya tersimpan khazanah kemuliaan yang memberi rahmat dan keberkatan seluruh alam. Perjuangan dan pengorbanannya dalam menegak risalah kebenaran sentiasa menghadapi rintangan dari kemusyrikan, namun nur keimanan yang memancar dari kerasulannya memamah seluruh kejahilan dan kesombongan. Prasasti keimanan tertanam teguh dalam sanubari dan terukir indah dalam memori umatnya.
Buku Syamaail Muhammad SAW ini memaparkan pelbagai info dan gambaran mengenai rupa, bentuk tubuh badan, pakaian, duduk bangun, berjalan, tawa gurauan, akhlak, keperibadian serta budipekerti Nabi SAW, seolah-olah merasai kehadiran Baginda. Moga umat Islam dapat mengenali Baginda dengan lebih terperinci dan tidak merasa terlalu jauh serta terlepas daripada mendapat syafaatnya di akhirat kelak, insya Allah.
Reviews
There are no reviews yet.