Description
BUKU SOLAT SUNAT PILIHAN 2
Dalam Solat Sunat Pilihan 2 ini disambung dengan solat Istikharah, solat Tasbih, solat Taubat, solat Istisqa’ (mohon hujan) dan solat Tarawih. Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting: Pertama: Jika solat fardu anda sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah anda kepada Allah s.w.t. Kedua: Jika solat fardu anda belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang anda lakukan dalam solat wajib. Buku ini berbeza kerana penulisnya membawa hujah dari al-Quran dan hadis dalam setiap perbuatan solat. Ini boleh membantu solat kita dilakukan dengan lebih berotoriti dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu disertakan juga hikmah di sebalik setiap perbuatan. Buku ini juga mengandungi doa-doa di dalam dan selepas solat sunat yang sangat mustajab untuk diamalkan.
Reviews
There are no reviews yet.