Siri Ensiklopedia Alam Akhirat Misteri Dahsyatnya Neraka

RM25.00

“Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu don keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia don batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar don keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap Apa yang Dia perintahkan kepada mereka don selalu mengerjakan Apa yang perintahkan.”
(Surah al-Tahrim: 6)

Syurga dan neraka merupakan salah satu perkara ‘ghaibiyyat’ yang wajib dipercayai oleh orang yang beriman. Pengkhabaran mengenai syurga dan neraka adalah merupakan suatu bentuk galakan (targhib) dan ancaman (tarhib) kepada umat manusia agar mematuhi dan melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya. Dalam hal ini, kedua-duanya adalah sama penting sebagai peringatan kepada yang sering alpa dan leka dengan dugaan dan cubaan kehidupan di dunia. Justeru, buku ini yang membahaskan dengan terperinci perihal keadaan neraka dan kedahsyatan azab yang ada di dalamnya dihasilkan bagi mengingatkan manusia dengan perihal balasan selepas kebangkitan semula di Mahsyar.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bab penting yang meliputi keadaan orang munafik dan ahli maksiat yang dihisab, sifat-sifat dan hal ehwal neraka yang meliputi pintu-pintunya, keluasan dan kedalamannya, kedahsyatan azab dan seksaannya, malaikat penjaga neraka, makanan, minuman dan pakaian penghuni neraka, lembah dan gunung-ganang di dalam neraka, keadaan golongan yang bertauhid tapi dimasukkan ke dalam neraka dan bagaimana keadaan mereka setelah dikeluarkan daripadanya, huraian seksaan neraka yang amat mengerikan dan menakutkan.

Perbahasan mengenai neraka di dalam buku ini adalah berdasarkan al-Quran dan Hadis-hadis Nabi S.A.W yang wajib diimani oleh semua orang yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat. Sesungguhnya kita sendiri tidak dapat memastikan apakah kesudahan kita di akhirat nanti, namun kita semua wajib berusaha untuk mendapatkan syurga dengan cara yang yang sebaiknya, kerana kita pasti tidak mampu menahan azab neraka seperti yang digambarkan dalam buku ini walau sesaat. lbarat api dunia yang tidak tertahan haba panasnya, maka nyalaan api neraka adalah berlipat kali ganda azab seksanya.

ISBN-13: 978-967-368-158-7
Tarikh Terbit: Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 486

Penulis : Mahir Ahmad Al-Sufi

Out of stock

Category: Product ID: 13769

Additional information

Weight 0.635 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siri Ensiklopedia Alam Akhirat Misteri Dahsyatnya Neraka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *