Additional information
Weight | 0.255 kg |
---|
RM10.00
Rasulullah S.A.W. adalah insan yang paling sempurna. Segala perlakuan, tutur bicara, adab dan sopan hinggalah kepada cara mengendali kehidupan menjadi contoh teladan dan ikutan umat manusia di sepanjang zaman. Tidak pernah kedengaran, sejak baginda lahir ke dunia hingga saat kewafatan, sesuatu keburukan, sama ada dari mulut musuh atau sahabat taulan.
Senyuman baginda penawar bagi segala keresahan, pelerai segala kebuntuan dan madu setelah kepahitan. Gurau senda dan jenaka sentiasa ada pada diri baginda tanpa lupa dan alpa kepada Allah Yang Maha Esa. Tiada sesuatu apapun yang keluar dari mulut baginda melainkan kebenaran walau disulami senyuman. Hidup bersama baginda adalah satu kenangan manis bagi umat terpilih dan kerinduan bagi mereka yang tidak berkesempatan.
Buku ini memaparkan kisah yang menjadi kenangan manis semasa hayat Rasulullah S.A.W. Marilah kita hayati kisah-kisah tersebut agar ianya dapat mengubati kerinduan sehingga kita bertemu baginda di akhirat nanti, insya Allah.
Tajuk: Senyuman & Kenangan Manis Bersama Rasulullah S.A.W.
Penulis: Hj Abdul Malik
Kod: DN 452
ISBN: 983-046-389-3
Kandungan: 216 m.s.
5 in stock
Weight | 0.255 kg |
---|
You must be logged in to post a review.
Reviews
There are no reviews yet.