Sejarah Hidup Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A.

RM36.00

Keterangan Buku :Tanggal 23 Ogos (633-644 Masehi) bersamaan 22 Jamadilakir tahun 13 hijrah Sayidina Umar Ibn al-Khattab telah dilantik menjadi khalifah kedua Islam. Dalam era pemerintahan beliau empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empavar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi) dan juga menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).
Tentera Islam pada zaman beliau yang berjumlah 40,000 orang juga bejaya menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang yang telah mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil. Pada zaman pemerintahan beliau juga, telah berlaku peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam seperti penyerahan kunci kota Baitulmuqaddis.
Sayidina Umar Ibn al-Khattab juga banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru dibuka, melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. dan menyusun serta mengemaskinikan sistem pentadbiran negara. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibangunkan.
Dari sudut keperibadian Sayidina Umar yang tegas juga amat dikenali kerana kehidupannya amat -sederhana. Ini diakui bukan sahaja di kalangan orang Islam malah golongan bukan Islam. Tidak hairanlah beliau begitu dikagumi dan’ bukan kerana kegagahannya tetapi kerana sifat zuhudnya yang teguh dengan ajaran Islam berpandukan Al-Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah. Buku ini menghuraikan dengan terperinci setiap aspek sejarah yang berkaitan dengan seorang sahabat besar berperibadi hebat ini bagi tatapan dan iktibar buat para pembaca budiman agar dapat diambil pengajaran dan dibuat contoh teladan dalam kehidupan seharian dalam mencapai kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.


 

Pengarang : Haji Husseiny bin Zamburi

Editor: Dr.Muhammad Sabri Sahrir(UIAM)

Disemak & Diedit: Dr.Mohd Puzhi bin Usop

Muka Surat: 557

Product Code: 9789673681129

5 in stock

SKU: 9789673681129 Categories: , Tags: , Product ID: 20194

Additional information

Weight 0.935 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sejarah Hidup Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A.”

Your email address will not be published. Required fields are marked *