SEJARAH ARAB SAUDI

RM37.90

Out of stock

Category: Product ID: 40116

Description

Buku ini mengupas sejarah Semenanjung atau Jazirah Arab sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang . Inilah buku pertama yang mengupas persoalan seumpama ini dengan menyeluruh, yang diketahui tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana penerbit di Alam Melayu ini. Terdapat dua kekeliruan besar dalam penulisan sejarah Semenanjung Arab ini. Pertama, selama ini dalam subjek Sejarah Islam kita hanya mengetahui sejarah Hijjaz atau Haramain ( Makkah dan Madinah) pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman Khulafa al-Rasyidin sahaja. Selepas itu sejarah Hijjaz terus hilang dan tenggelam akibat perubahan pusat politik ke Syam atau Damsyik dengan kenaikan Kerajaan Bani Umayyah, lalu berpindah ke Baghdad pada zaman Bani Abbasiyah, dan kemudiannya ke Istanbul pada zaman Uthmaniyah. Apa yang tinggal hanyalah Hijjaz ( Makkah dan Madinah ) sebagai pusat agama dan ibadah. Buku ini cuba mengisi kekosaongan sejarah Hijjaz yang terabai sejak berakhirnya zaman Khula al-Rasyidin hingga tertubuhnya Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1925. Selain itu, kekeliruan lain dalam penulisan sejarah tentang Sejarah Makkah dan Sejarah Madinah ( yang diterbitkan di Arab Saudi ) ialah ia hanya mengupas tentang sejarah Kaabah, Hajar al-Aswad, maqam Ibrahim , telaga Zamzam, Masjidil-Haram, Masjid Nabawi, Masya’ir dan sebagainya. Walaupun tema-tema seperti ini penting diketahui , tetapi ia lebih sesuai dalam perbahasan tentang ibadah Haji dan Umrah, bukannya dalam karya tentang sejarah Haramain ( Makkah dan Madinah ). Buku ini cuba membetulkan kekeliruan ini , dengan membahas sejarah Makkah dan Madinah dalam perpektif sejarah yang sebenar dan tepat . Dengan kenaikan Kerajaan Arab Saudi , kita berkesempatan untuk menumpu perhatian semula kepada kepentingan sejarah di Makkah dan madinah yang selama ini terpinggir. Di samping jasa Kerajaan Saudi dalam pembangunan negara, terdapat juga sisi gelap yang berlaku di sebalik kemajuan yang pesat.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 14 x 1 x 21 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SEJARAH ARAB SAUDI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *