RINGKASAN IHYA’ ULUMUDDIN

RM25.00

Kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Abu Hamid Al Ghazali di awal abad ke lima Hijrah ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam membendung serangan materialisma yang menghembuskan racun-racun kecintaan dunia. Melalui usaha beliau yang murni, ramai mulai sedar bahawa aspek sufistik juga mempunyai peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan dan memberikan keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat.

Kitab ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana disamping dipersembahkan dengan lebih mudah untuk dibaca, ia juga telah diringkaskan oleh Imam Al-Ghazali sendiri. Beliau tetap memelihara intisari kitab tersebut dan menyimpan khazanah ilmu yang sangat bermakna untuk umat Islam.

Semoga buku ini dapat membuka minda umat Islam dalam membimbing kehidupan yang diberkati dan senantiasa dalam garis kebenaran, insya Allah.

Tajuk: Ringkasan Ihya’ Ulumuddin
Penulis: Imam Al Ghazali
Kod: DN 425
ISBN: 983-046-357-5
Kandungan: 496 m.s.

3 in stock

Category: Tags: , , Product ID: 17975

Additional information

Weight 0.545 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “RINGKASAN IHYA’ ULUMUDDIN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *