Additional information
Weight | 0.225 kg |
---|
RM15.00
Kitab Ta’lim Al-Muta’aalllin ini amat penting bagi para pelajar pondok. lanya menjadi bacaan wajib, ketika penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah kitab adab, bukan kitab hukum, iaitu adad dalam menuntut’ilmi. lanya adab-adab yang membawa kejayaan orang yang menuntut ‘llmu. Dalam buku ini, ada disebutkan tidak kurang daripada 21 matan hadith. Semuanya hadith mu’allaq, jika dilihat sanadnya yang ada di situ. Kesemuanya dikemukakan dalam konteks keadaban, atau sebagai nasihat biasa bukan sebagai hujah dalam penentuan sesuatu hukum syari’at. Dan buku ini mengandungi 13 fasal, iaitu:
Fasal 1: Hakikat’ilmu dan feqah dan kelebihannya.
Fasal 2: Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu.
Fasal 3: Memilikan’ilmu dan guru dan tauladan dan menyatakan ketetapan atas’ilmu.
Fasal 4: Membesarkan’ilmu dan ahlinya.
Fasal 5: Bersungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita.
Fasal 6: Permualaan memotongkan bacaan, kadarnya dan aturannya.
Fasal 7: Tawakal, yakni berserahkan kepada Tuhan ‘Azza wa Jalla.
Fasal 8: Waktu menghasilkaan ‘ilmu dan menuntutinya.
Fasal 9: Kasih-sayang dan nasihat.
Fasal 10: Kelakuan mengambil faedah, mencari faham dan penggunaannya.
Fasal 11: Warak’ pada ketika belajar’ilmu.
Fasal 12: Barang yang membawa kepada banyak peringatan dan menyatakan barang yang membawa kepada pelupa.
Fasal 13: Barang yang membawa kepada mudah dapat rezeki dan barang yang menegahkan dapat rezeki; barang yang menambahkan dan memanjangkan dan barang yang mengurangkan umur.
Dan bahagian dan akhir buku ini membicarakan “Hukum Mengenai Suasa”, “Pembicaraan Anggota Yang Tujuh” dan “Ma’siat-Ma’siat Hati”.
ISBN-13: 978-983-0996-07-3
Tarikh Terbit: Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 188
Penulis : Muhammad Syaflil bin Abdullah bin Muhammad Bin Ahmad Rangkul Langgih Fathani
4 in stock
Reviews
There are no reviews yet.