MISTIK ALAM MELAYU

RM25.00

Out of stock

SKU: 978-967-15394-6-0 Category: Tag: Product ID: 34586

Description

ULASAN:

“Penggunaan azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain merupakan salah satu jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu.” – R.O. Windstedt

Pada zaman kolonial, dua orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat mengkaji ilmu mistik orang Melayu. Sebut sahaja nama R.O. Windstedt dan Wilkinson, mereka sering dikaitkan dengan mistik alam Melayu. Namun ilmu mistik bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar sejak zaman kepercayaan animisme orang Melayu lagi.

Malah ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar oleh mereka berdua.

Kini, segala penemuan mereka kembali ditayangkan untuk tatapan anak bangsa. Bukanlah untuk mengajak anak Melayu berpaling ketaatan mereka terhadap Allah, namun ia sekadar sebuah dokumentasi tentang satu fasa dalam kebudayaan orang Melayu itu sendiri.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MISTIK ALAM MELAYU”

Your email address will not be published. Required fields are marked *