MISTERI YA’JUJ MA’JUJ: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia
Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia membuka
mata yang menatap bahawa setiap inci kehidupan manusia hari ini berpaksikan budaya
Barat. Daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar masalah semuanya
seperti bersumberkan Barat seolah-olah kita tidak pernah mempunyai kebudayaan
sendiri. Tanpa sedikit pun kita ketahui sebenarnya telah banyak pengaruh membawa
keburukan, berbanding kebaikannya.
Rupa-rupanya terlalu banyak anasir dan produk Barat yang sangat diagungkan
telah merosakkan kita, dan puncanya adalah pihak Barat yang dipercayai berketurunan
Ya’juj Ma’juj. Ya, Ya’juj Ma’juj yang dahulunya mengganas di kawasan pergunungan,
kemudiannya dikurung oleh Zulkarnain iaitu lelaki dalam surah al-Kahfi. Sekelompok
manusia meminta bantuan Zulkarnain untuk menyekat kemaraan Ya’juj & Ma’juj.
Dengan membina tembok di tengah-tengah, telah menutup jalan untuk Ya’juj & Ma’juj
untuk menyerang. Jadi, adakah keturunan daripada Ya’juj Ma’juj ini telah kembali untuk
merosakkan dunia?
Dan hari ini, dunia sedang dikelolakan oleh Barat yang berasal daripada
keturunan Khazar. Dan, YA’JUJ MA’JUJ masih terus misteri, bangsa Eropah pula
terus berusaha demi ‘Kehancuran Dunia’.
ISBN-13: 978-967-5391-31-6
Tarikh Terbit: Jan 2014
Jumlah Muka Surat : 208
Penulis : Mohd Nadzri Kamsin
Reviews
There are no reviews yet.