Description
Adakah suatu masa dahulu lelaki Melayu sememangnya telah membina tamadun agung yang hebat sehingga menggusarkan para musuh Allah dan mereka begitu takut generasi ini akan bangkit semula atas nama Islam? Kita disogokkan dengan gambaran bahawa orang Melayu ketinggalan zaman dan kolot, kalau tak ada bangsa asing Malaysia mustahil boleh membangun!
Kejayaan atau kejatuhan sesebuah bangsa pasti akan disandarkan kepada lelaki,. Kuat lelaki, gagahlah bangsanya. Kini makin ramai lelaki Melayu yang ingin moden, tanpa disedari semakin jauh dari budaya malah agamanya. Mereka di ambang hilang jati diri dan hanya menggangguk kepada apa yang dibawa dari luar. Mereka perlu jadi liberal jika ingin diterima dunia. Rasulullah ditanya, “Apakah maksud Assobiyah? Adakah cinta kepada bangsa itu dikatakan assobiyah?” Rasulullah menjawab, “Tidak! Asobiyah ialah bila seseorang itu menolong kaumnya melakukan kezaliman.” (HR Abu Daud). Buku ini mengupas tamadun lelaki Melayu, semoga ia bermanfaat untuk para pembaca semua
ISBN-13: 978-967-2278-44-3
Tarikh Terbit: Mei 2021
Jumlah Muka Surat : 226
Penulis : Sarah Kamal (Siti Sujinah Sarnap)
Reviews
There are no reviews yet.