MERAIH KEBAIKAN MENCEGAH KEMUNGKARAN

RM10.00

Amar makruf nahyu mungkar merupakan usaha meraih kebaikan dan mencegah kejahatan kerana keduanya bagaikan tiang seri kepada umat Islam. Apabila kedua tiang seri ini dirobohkan, bererti akan berlakulah kehancuran sebagaimana berlaku kemusnahan umat terdahulu. Kedua tugas ini tidak boleh diasingkan tetapi harus dijalankan dengan serentak, kerana memisahkannya sama seperti mengasingkan roh dan jasad.

Tugas melakukan amar makruf nahyu mungkar tidak sunyi dari ujian dan cubaan. Perbuatan ini tidak ditaburi dengan bunga rampai dan renjisan air mawar, namun lebih banyak cabaran, risiko dan pengorbanan yang tinggi. Perjuangan murni ini kadangkala mengorbankan nyawa, sehingga disambut dengan ilai tawa oleh musuh Islam, namun roh mereka disambut dengan penuh penghormatan oleh penduduk langit.

Semoga buku ini memberi motivasi dalam membangkitkan semangat umat Islam berjuang menegak kebaikan dan mencegah kemungkaran, insya Allah.

Tajuk: Meraih Kebaikan Mencegah Kemungkaran – Amar Ma’ruf Nahyu Munkar
Pengarang: Ustaz Basri Ibrahim
Kod: DN 359
ISBN: 983-046-285-4
Kandungan: 256 m.s.

5 in stock

Category: Tags: , , Product ID: 18466

Additional information

Weight 0.305 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MERAIH KEBAIKAN MENCEGAH KEMUNGKARAN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *