Menu Rabiulakhir – Siri Agenda Bulanan 4

RM5.00

PERTEMUAN dua insan yang melakar sejarah keagungan dunia bermula pada bulan Rabiulakhir. Rasulullah SAW dan Khadijah RA telah disatukan setelah Ummul Mukminin itu terpikat lantaran amanah dan kejujuran yang tiada tandingan. Walau berbeza usia, namun kasih sejati yang diberi memupuk kekuatan dalam mengharungi cubaan ketika menjalankan amanah Pencipta alam semesta.

Kenangan bersama Khadijah sering dicemburui, lantaran menjadi sebutan serta selalu diingati. Itulah hakikatnya cinta pertama yang mekar semerbak membekalkan semangat waja, membantu Baginda dalam menyebarkan wahyu Ilahi ketika hanya segelintir sahaja manusia yang beriman dan percaya.

Semoga Rabiulakhir ini dapat menginsafkan kita betapa keluarga dan harta Baginda SAW telah dikorbankan demi kesejahteraan makhluk yang bernama insan, agar kita terus dalam peliharaan dan rahmatNya, insya Allah.

ISBN-13: 978-983-046-447-4
Tarikh Terbit: Jan 2008
Jumlah Muka Surat : 136

Penulis : Abu Ahmad Yasin

5 in stock

Category: Product ID: 13546

Additional information

Weight 0.125 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menu Rabiulakhir – Siri Agenda Bulanan 4”

Your email address will not be published. Required fields are marked *