Menyinari Jiwa Menjauhi Dosa

RM5.00

Hati yang tidak dihiasi dengan kepatuhan dan rasa tawadhuk kepada Allah SWT menjadi tertutup dengan titik-titik noda hitam. Kecenderungan kepada kemaksiatan menyebabkan hati semakin jauh dari nur kebenaran dan semakin keras dalam menerima hakikat fitrah keinsanan. Sebaliknya jika jiwa senantiasa mengagungkan kebesaran Allah, hati akan menjadi bersih dan memancarkan cahaya makrifat menyinari ruang-ruang kehidupan yang merindui kebahagiaan.

Dosa kemaksiatan mendatangkan bahaya dalam hati seseorang sehingga menimbulkan kesan bagaikan racun terhadap fizikal. Jiwa yang telah merasakan kelazatan kemaksiatan, hendaklah dididik dengan ketaatan meskipun sangat sukar melakukannya. Menjauhi dosa menyebabkan jiwa kembali bersinar, kerana Allah senantiasa membuka pintu keampunan terhadap insan yang ingin bertaubat.

Semoga buku ini dapat memberikan panduan agar kita mampu meninggalkan dosa yang menutup pintu hati dan menyinarinya dengan iman dan takwa kepadaNya, insya Allah.

ISBN-13: 978-983-046-313-3
Tarikh Terbit: Jan 2001
Jumlah Muka Surat : 120

Penulis : Muhammad Sayyid Ahmad

4 in stock

Category: Product ID: 13444

Additional information

Weight 0.130 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menyinari Jiwa Menjauhi Dosa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *