MENJEJAK CINTA DI BUMI TUHAN
RM26.00
SINOPSIS:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat : 13)
Buku ini merupakan catatan kembara seorang insan bernama Wardah Abdullah yang telah mengembara ke beberapa buah negara, beribu kilometer jauh dari perantauan demi mencari kedamaian hati yang sedang galau akibat ujian-ujian dari Allah yang menimpa dirinya. Akhirnya beliau mengambil keputusan mengembara ke tempat-tempat yang tiada sesiapa pun mengenalinya. Bermula dari satu destinasi ke destinasi, beliau bertemu dengan insan-insan yang tidak pernah dikenali malah tiada pertalian darah namun dengan izin Allah, satu ikatan baru terjalin di setiap destinasi yang dipijak. Cara hidup dan pegangan agama berbeza menyedarkannya akan betapa indah dan beruntungnya nikmat Islam dan Iman yang diwarisi sejak lahir.
Kebesaran tuhan yang dilihat di setiap destinasi yang berbeza membuka mata hati untuk lebih menghargai nikmat yang Allah kurniakan berbanding ujian-ujian yang dilalui kerana seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi dia tidak diuji dan ternyata Allah memberikan ujian kepada hambaNya sebagai satu cara mendidik yang akhirnya lebih menikmati dan menghargai nikmat hidup sebagai seorang Muslim.
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.