Mengintip Alam Ghaib

RM25.90

Alam ghaib seperti yang difahami oleh masyarakat umum adalah alam yang tidak dapat dilihat secara kasar oleh mata manusia. Tetapi ia tidak bermakna alam itu tidak wujud. Alam ghaib itu sangat luas. Salah satu daripadanya ialah alam jin.

Ada hikmah besar mengapa Allah menghijab pandangan manusia daripada alam ini. Walaubagaimanapun, ada segelintir manusia yang dipilih oleh Allah dan diberi kelebihan melihat dan menerokai alam itu. Mereka orang biasa. Sama seperti kita. Cuma mereka mampu masuk ke alam sana, berdialog dan berkawan dengan makhluk-makhluk halus yang jahat dan mahu menyesatkan kita.

Bagaimana ia berlaku? Wallahu’alam… Hanya Allah yang memiliki jawapannya. Sesungguhnya ilmu manusia hanya seperti setitis air laut dan setitis ilmu itulah yang dikongsi oleh semua manusia.

Alam ghaib itu ada. Alam jin itu juga wujud. Tetapi tiada satu makhluk pun yang mampu memudaratkan sesama makhluk tanpa keizinan ALLAH yang MAHA BESAR. Tiada kuasa yang dapat mengatasi kehebatan kuasaNYA – pemilik setiap jiwa.

‘Berlindunglah dengan ALLAH dari kejahatan makhluk-makhlukNYA dan dari kejahatan diri kita sendiri…

ISBN-13: 978-967-5391-11-8
Tarikh Terbit: Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 163

Penulis : Kesuma Dewi

Out of stock

Category: Product ID: 12707

Additional information

Weight 0.240 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mengintip Alam Ghaib”

Your email address will not be published. Required fields are marked *