Description
SINOPSIS
Buku ini membicarakan soal kiamat dari dua aspek yang berbeza iaitu aspek persepi yang ditimbulkan
oleh sains dan aspek realiti yang ditimbulkan oleh firman dan sabda. Teori-teori sains fizik, pandangan
sains tentang kiamat, teori evolusi bintang dan sebagainya juga turut di muatkan bagi memperlihatkan
keluasan minda tentang kiamat yang wujud sekitar kita.
Dalam aspek realiti, tentu sekali firman Allah s.w.t dan sabda Rasulullah s.a.w menjadi sandaran. Bagi penulis,
sesungguhnya menginsafi dekatnya akhirat dan terjadinya hari kiamat tidak kalah pentingnya dengan
mengetahui tentang hari kiamat dan huru-haranya. Rasulullah s.a.w telah memperingatkan tentang
akhirat dan kedekatannya. Berdasarkan riwayat Ibnu Abbas beliau berkata ” Ketika turun ayat, ‘dan
berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang dekat; maka Rasulullah naik ke Bukit Shafa
dan berseru: ” Wahai Bani Fahr, wahai Bani ‘Adiy!” Yang ditunjukkan kepada semua suku Quraisy, hingga
mereka semua berkumpul. Jika ada yang berhalangan hadir, baginda mengutus seseorang untuk
melihat apa yang terjadi. Abu Lahap beserta para pemuka Quraisy juga ikut hadir. Kemudian mereka
bertanya: ” Ada apa denganmu?” Rasulullah bersabda: ” Apa pendapat kamu jika kukhabarkan bahawa
di lembah ini ada pasukan kuda yang akan menyerang kamu, apakah kamu percaya padaku?” Mereka
menjawab: ” Iya kami percaya, kerana kami tidak pernah melihat engkau berdusta,” kemudian baginda
bersabda: ” Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan kepada kamu, bahawasanya di hadapanku
ada azab yang sangat pedih..” (Muttafaqun ‘alaih).
Ucapan baginda ‘di hadapanku’ menunjukkan dekatnya hari kiamat dan dekatnya hisab (perhitungan) di
dalamnya. Ada dua hakikat yang tidak pernah terfikir dalam benak manusia secara umum pada ketika ini:
Dua perkara tersebut adalah pertama: dekatnya hari kiamat dan kedua, dekatnya hari perhitungan,
berdasarkan firman Allah s.w.t: ” Telah dekat kepada manusia hari hisab segala amalan mereka, sedang
mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (surah Al-Anbiya’:1)
Reviews
There are no reviews yet.