Description
Keindahan dan keunikan kota warisan dunia kebanyakannya adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dicalonkan dan mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan olch Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.
Kota-kota warisan ini telah mendapat dana dari Dana Warisan Dunia yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia yang dipersetujui olch Persidangan Am UNESCO pada 16 November 1972.
Kebanyakan kota-kota ini mempunyai ‘nilai sejagat luar biasa’ atau outstanding universal value serta melambangkan mahakarya yang mencerminkan daya kreatif dan kecerdasan berpengaruh secara signifikan terhadap budaya, menunjukkan keutamaan pada nilai-nilai kemanusiaan yang tidak berubah selama berkurun-kurun waktu tertentu dalam hal seni bina, teknologi, seni monumental, tatakota atau reka bentuk muka bumi, mengandungi perincian atau bukti bahawa pernah ada ritual peradaban pada masa lampau yang tersisa atau telah lenyap.
Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah bangunan, seni bina atau teknologi yang memiliki penggambaran tentang tahapan penting dalam sejarah peradaban manusia, wujudnya rasa kekaguman pada sebuah tempat tinggal, tanah, atau perairan yang dapat melambangkan budaya atau khususnya yang masih terpelihara terhadap perubahan zaman yang signifikan, dan memiliki kaitan yang erat pada suatu peristiwa atau tradisi tertentu, dari aspek pemikiran, kepercayaan, artistik dan sastera.
ISBN-13: 978-967-2278-35-1
Tarikh Terbit: 2021
Jumlah Muka Surat : 253
Penulis : Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Reviews
There are no reviews yet.