MELURUSKAN PEMAHAMAN JIHAD MENGIKUT PANDUAN AL-QURAN

RM39.00

Jihad adalah satu eleman yang sangat penting dalam agama, berkedudukan tinggi dalam diri seorang muslim bahkan disifatkan sebagai kayu pengukur keimanan individu tersebut. Seruan jihad merangkumi pelbagai erti, seperti berdakwah, berjuang, menahan nafsu dan juga berperang dengan mengangkat senjata. Malangnya, segelintir orang atau sesetengah kumpulan menggangap jihad sebagai perang suci semata-mata sehingga hal ini memjejaskan imej Islam yang mempunyai fitrah sebagai rahmah li al-‘AlamEn.

Jihad dengan pelbagai dimensi dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w menerusi perjuangan dan dakwah baginda s.a.w di Mekah dan Madinah dengan menggunakan beberapa pendekatan, diantaranya: menyeru kebaikan dan mencegah kejahatan (al-Amr bi al-Ma’rEF wa nahy ‘an al-Munkar), menyatupadukan berbilang kaum yang berlainan etnik, membentuk masyarakat Islam dan juga dengan berperang bagi mendaulatkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri.
Buku ini memberikan penjelasan dan gambaran yang benar mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah tentang hal ehwal jihad dari berbagai aspek: kepentingan hukum, kesyumulan, dan fenomenanya yang berkembang seperti: antara kasih sayang dan keganasan, antara perdamaian dan peperangan serta jihad dan perang suci.

Out of stock

SKU: 983-3817-51-3 Category: Tags: , , , , Product ID: 20032

Additional information

Weight 0.595 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MELURUSKAN PEMAHAMAN JIHAD MENGIKUT PANDUAN AL-QURAN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *