Additional information
Weight | 0.280 kg |
---|
RM30.00
Kitab Lum’ah at-Tazkiyat ini mengandungi beberapa amalan masyhur para ulama’ dan auliya’, yang yang diijazahkan sendiri kepada penyusun oleh Tuan Guru Hj. Wan Mohd Shaghir Bin Abdullah, iaitu cucu kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.
Suatu ketika, penyusun telah bermimpi dengan suatu mimpi yang mengagumkan, lalu penyusun menceritakan kepada Tuan Guru penyusun. Maka Tuan Guru menyuruh penyusun memperbanyakkan selawat seraya mengijazahkan selawat-selawat tertentu yang disusunkan di dalam kitab ini beserta kaedah-kaedah mengamalkannya.
Di dalam kitab Lum’ah at-Tazkiyat juga terdapat amalan Khatam an-Nubuwwah yang diijazahkan sendiri oleh moyang penyusun, seorang guru Thariqat Naqsyabandiyah, Tuan Guru Hj Muhammad Senang Bin Khatib an-Naqsyabandi al-Kholidi, pada tahun1984. Moyang penyusun telah mengambil Bai’ah dan tawajjuh dari Syeikh Abdul Wahab Rokan dan mempelajari ilmu agama secara khusus dari anak dan cucu gurunya itu, Syeikh Tajudin bin Daud bin Abdul Wahab Rokan dan syeikh Tajudin bin Daud bin Abdul Wahab Rokan di Langkat, Sumatera Utara Indonesia.
Semoga dapat mengamalkan amalan yang bersanad sehingga kepada baginda SAW, dapat memanfaatkan kita bersama.
Jenis kulit : Hard cover
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.