LEMBAGA BUDI

RM17.60

Kelebihan dan perbezaan manusia daripada makhluk lain, ialah manusia itu bilamana bergerak, gerak dan gerinya itu timbul dari dalam, bukan dari luar. Segala usaha, pekerjaan, langkah yang dilangkahkan, semuanya itu timbul daripada suatu maksud yang tertentu dan datang dari suatu perasaan yang tinggi yang mempunyai kekuasaan penuh dalam dirinya. Tidak demikian dengan binatang. Gerak-geri binatang hanya tunduk kepada gharizah semata-mata, tidak disertai oleh pertimbangan.

Kerana, pada manusia itu ada kekuatan menimbang, wajiblah ikhtiarnya itu dibawanya kepada yang lebih mendalam. Pengalamannya, penderitaannya, kejatuhannya, kegagalan, kecewa dan seumpamanya, semua itu laksana wang sekolah, wang bayaran bagi keinsafannya menimbang dan berusaha pada zaman akan datang. Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman, setengah jatuh dan setelah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali dan melangkah terus perlahan-lahan tapi pasti tidak mengenal putus asa. Hidup berbudi itu tujuan kita, kata Prof HAMKA:

Diribut runduklah padi

Dicupak Datuk Temanggung

Hidup kalau tidak berbudi

Duduk tegak ke mari canggung

Kata Shauki Bey:

Tegak rumah kerana sendi

Runtuh sendi rumah binasa

Sendi bangsa ialah budi

Runtuh budi runtuhlah bangsa

 

3 in stock

SKU: 9789839422528 Category: Tags: , , , Product ID: 18860

Additional information

Weight 0.265 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “LEMBAGA BUDI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *