Lara Cinta Laila Majnun

RM28.90

Out of stock

SKU: 9789672278122 Category: Tags: , Product ID: 36765

Description

Syeikh Sufi Maulana Hakim Nizhami merupakan penulis sufi terkemuka pada abad pertengahan kerana dua roman cinta yang menyayat hati, iaitu Laila dan Majnun serta Syirin dan KHusrau. Kisah sedih Laila dan Majnun, di mana Majnun yang bermakna ‘tergila-gila akan cinta’. Kerana cintanya yang tidak sampai pada Laila, akhirnya membuatnya jadi gila. Kisah cinta ini dibaca selama berabad, tatusan tahun jauh sebelum “Romeo and Juliet” karangan Wiliam Shakespeare sehingga kisah Laila dan Majnun terkenal sebagai kisah cinta Persia. Syeikh Sufi Maulana Hakim Nizhami adalah seorang Syeikh Sufi, dan yang dimaksudkan dengan ‘kekasih’ dalam berbagai kisahnya sesungguhnya adalah perwujudan Allah .

Ahli Sufi adalah pencari tuhan dan berharap untuk bertemu dengan-Nya dalam perjalanan menuju liqa’ullah. Keikhlasan dan kesungguhan mereka mengenali diri sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para salik. Minat dan dorongan mereka banyak hal tidak didorong oleh sesiapa, mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap perkara. Ali sufi akan mengalami banyak perkara dan keadaan yang pelik yang ditunjuk oleh Allah SWT sebagai bayyinah bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utma antaranya ialah mereka bermimpi berjumpa para Nabi dan kemudian para wali qutub. Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh waliyullah tersebut.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Lara Cinta Laila Majnun”