Description
BUKU KONSPIRASI BARAT TERHADAP DUNIA ISLAM
Barat telah membelanjakan begitu banyak wang demi mengkristiankan umat Islam. Malahan gerakan Kristian yang dipelopori oleh Barat bukanlah kerana didorong oleh keyakinan keagamaan, tetapi motif penjajahan lebih merupakan penggerak utama untuk memurtadkan orang Islam kerana mereka yang menganut Kristian akan lebih wala’ dan taat setia yang lebih kepada penjajah yang memerintah.
Melalui penulisan buku ini kita dapat merasakan betapa kesungguhan para penyebar dan misionari Kristian dengan kerja-kerja mereka, kegagalan kali pertama tidak membuatkan mereka berhenti, tetapi sebaliknya mereka cuba dengan jalan dan carayang lain. Mana-mana konvensyen yang diadakan kesemuanya berpaksikan kepada satu isu sahaja iaitu mengatur rancangan dan strategi untuk mengkristiankan umat Islam dan menguasai negara orang Islam.
Kita juga akan dapat melihat bagaimana golongan misionari membahagikan negeri-negeri yang mereka masuki (baca: jajahi) kepada daerah-daerah sesama mereka, seperti mereka meratah bahagian makanan.
Buku ini seharusnya dibaca oleh semua orang Islam, supaya masyarakat Islam dapat melihat betapa Barat sebagai musuh Islam terus bekerja untuk mengkristiankan dunia seluruhnya.
Reviews
There are no reviews yet.