KISAH-KISAH LEMAH YANG SEWAJARNYA DILIHAT SEMULA OLEH PARA PENCERAMAH

RM40.00

ZAMAN ini kita dapat lihat di masjid-masjid dan di surau-surau dipenuhi dengan kelas pengajian agama. Alhamdulillah, satu perubahan terhadap sikap masyarakat kita terhadap kesedaran menuntut ilmu itu. Ceramah agama juga merupakan sebahagian daripada peringatan kepada umat Islam. Firman Allah SWT: “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

Ramai penceramah yang hebat-hebat telah mewarnai masjid-masjid dengan ceramah yang berbagai bentuk. Salah satu daripada cara menyampaikan ceramah yang berkesan dan mendalam terhadap masyarakat ialah dengan cara mengemukakan kisah baik daripada al¬Quran, as-Sunnah, kisah para nabi, kisah para ulama dan kisah daripada apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat seharian. Kerana itu amat jarang penceramah agama yang tidak mengemukakan kisah-kisah berikut. Bahkan al-Quran sendiri juga menggunakan uslub pengkisahan dalam menarik manusia untuk menerima akidah yang benar dalam kehidupan mereka.

Namun satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, dalam keseronokan menyampaikan ceramah dan menyelitkannya dengan berbagai-bagai kisah, tidak semua kisah yang dikemukakan itu merupakan kisah yang benar, kerana itu setiap penceramah agama dan pakar motivasi perlu memastikan kisah yang hendak diketengahkan kepada masyarakat benar-benar merupakan kisah yang benar.

Untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan kisah-kisah palsu dan rekaan, setiap penceramah perlu melengkapkan diri dengan pemahaman yang mendalam dan teliti terhadap al-Quran dan juga as-Sunnah dan kisah-kisah yang terdapat di dalamnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan kisah-kisah lemah yang biasa diceritakan oleh para penceramah dan bagaimana untuk para penceramah mengatasi perkara tersebut, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan kisah para nabi dan sahabat.

Out of stock

SKU: 978-967-439-224-6 Category: Tag: Product ID: 20081

Additional information

Weight 0.790 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KISAH-KISAH LEMAH YANG SEWAJARNYA DILIHAT SEMULA OLEH PARA PENCERAMAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *