Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz

RM22.00

Setiap manusia adalah pemimpin, sama ada pemimpin kepada diri dan anggota badannya, keluarganya, masyarakatnya, persekitarannya atau negaranya. Untuk menjadi pemimpin sejati, kita perlu melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu, kualiti dan kemahiran yang kadang-kadang sudah semula jadi tertanam di dalam diri kita. Namun begitu, ada juga yang boleh di asah dan di asuh untuk menjadi pemimpin terbilang dengan memperbanyakkan membaca serta menghadiri program-program dan bengkel kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ilmu pengetahuan adalah asas kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Ia juga menjadi faktor kemajuan individu, masyarakat dan negara. Ia juga menjadi ukuran utama keberkesananan kepimpinan seseorang pemimpin. Pemimpin yang berilmu mampu mentadbir dengan lebih dinamik dan efektif.

Sudah menjadi lumrah alam, kebiasaannya para pemimpin akan beroleh kedudukan dan kemewahan yang kadang-kadang menjadikan mereka lupa kan tanggungjawab mereka sebagai nakhoda kapal yang sedang belayar.

Amat jarang kita mendengar tentang pemimpinyang zuhud ataupun tidak terpesona dengan kemewahan duniawi. Ciri-ciri pemimpin yang zuhud sebenarnya terdapat dalam diri khalifah agung Umar Abd Aziz. Kisah kezuhudannya patut diterokai dan dicontohi.

Kisah kepemimpinan Khalifah Umar Abd Aziz yang terkenal dengan kezuhudannya dipaparkan dengan terperinci di dalam buku ini. Dengan menghayati kisah-kisah kezuhudannya, insyaAllah ia akan memberi kesan kepada kita untuk menjadi pemimpin yang bukan sahaja mengutamakan rakyat daripada diri dan keluarga sendiri, bahkan akan melahirkan pemimpin bertaqwa yang berjaya di dunia dan akhirat.

ISBN-13: 978-967-3680-33-7
Tarikh Terbit: Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 331

Penulis : Abdul Aziz Sayyid Al-Ahli

4 in stock

Category: Tags: , , , , Product ID: 14075

Additional information

Weight 0.435 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz”

Your email address will not be published. Required fields are marked *